Matematik sering dianggap subjek yang sukar, namun di AQSP, kami mengubah persepsi tersebut melalui program Pentagon Math. Program ini direka khas untuk anak-anak Darjah 1 hingga Darjah 6, meliputi Level 1 dan Level 2.
Menggunakan teknik inovatif seperti Formula HUJAN, Congak Card Game, dan Gula-Gula Sifir, pembelajaran matematik menjadi sangat menyeronokkan dan praktikal. Kami percaya bahawa apabila asas matematik (Numerasi) dikuasai dengan teknik yang betul, anak-anak akan lebih yakin untuk menghadapi cabaran akademik di sekolah. Di AQSP, kami membina masa depan anak anda dengan imbangan ilmu duniawi dan ukhrawi.
