Kecemerlangan AQSP dalam dunia pendidikan bukanlah secara kebetulan. Ia dipacu oleh “Shared Values” atau Nilai Bersama yang dipegang teguh oleh setiap warga kerja kami. Kami percaya kepada Power of Contribution—memberi dengan sehabis baik kerana yakin Allah akan membalasnya.

Selain itu, prinsip Open & Respectful memastikan setiap interaksi antara guru, pelajar, dan ibu bapa sentiasa dalam lingkungan adab dan akhlak yang mulia. Dengan komitmen 110% dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan Excellence, AQSP terus berusaha mengekalkan standard antarabangsa seperti ISO 9002. Bagi kami, setiap hasil kerja adalah amanah yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT.